loving you is juz like playin' a piano..at first i learned to play it by the rules..then..i started to forget the rules and play with my heart..and that's what im doin' rite now cuz my heart would'nt rhyme without you...

Thursday, April 29

hati seorang yg bergelar abah..

"Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku….

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!



Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!"

-dipetik dr www.iluvislam.com

p/s : sayang papa... :)

sayang,

fatin najwa ahmad rashdi

050409


Sunday, April 25

lelaki + karenah = pening kepala!!

ok. tajuk entry kali ni agak melampau..yee..saya tau.. tapi sebelum me'nyumpah' saya..baca dulu sampai abis,ok?? its worth. then baru buat penilaian sendiri. mungkin dari pengalamn + di"pinjam" dari orang.. okey. berbalik pada tajuk diatas tuuu.. kadang-kadang kita memang tak faham perangai insan yang bergelar lelaki nihh.. pkey. orang selalu cakap yang selalunya bawa masalah ni perempuan..yang banyak sangat karenah ni perempuan.. tapi hakikatnya???

*kita : perempuan ; dia : lelaki

kalau kita nak pertahan kan pendapat kita,
dia cakap kita keras kepala
kalau kita diam,
dia cakap kita tak perihatin
kalau kita call dia,
dia cakap kita nak bergayut dengan dia
kalau dia call kita,
dia cakap, "u sepatutnya happy bila i call.."
kalau kita tak suka dia,
dia cuba menangi hati kita
kalau dia dah 'dapat' kita,
dia tinggalkan kita
kalau kita share masalah kita dengan dia,
dia cakap kita mengada-ngada
kalau kita tak share masalah dengan dia,
dia cakap kita tak percayakan dia
kalau kita nasihatkan dia,
dia cakap kita nak cari gaduh..tak faham dia
kalau dia nasihatkan kita,d
dia 'ambil berat' kat kita
kalau kita mungkir janji,
dia tak percayakan kita lagi
kalau dia mungkir janji,
dia cakap, "i terpaksa.."
kalau kita menipu,
dia anggap semuanya dah berakhir
kalau dia menipu,
dia mahu diberi peluang kedua
kalau dia kecewa,
dia keluar dengan perempuan lain,
kalau kita kecewa,
dia salahkan orang lain..tak nak mengaku
lelaki memang mudah MELUPAKAN tapi SUSAH MEMAAFKAN
perempuan memang mudah MEMAAFKAN tapi SUSAH MELUPAKAN!!

so,kesimpulannya salah siapa ye?? ok. saya tau tak semua lelaki macam ni. dan saya tak kata semua masalah berpunca dari lelaki... tapi dalam keadaan sekarang..memang susah nak tentukan salah siapa.. hm.. tapi dalam situasi yang saya alami, ini hakikatnya..

p/s : to mira, thanx dear 4 supporting me oweyz..btw, knal x ap y tertera ni..love u girl!!!

sayang.
fatin najwa ahmad rashdi
050409

Tuesday, April 20

sebenarnya kita cinta ke kita suka????!!



hmmm...permulaan yang agak dramatik untuk entry kali nihh..dah lame tak mengupdate bende nihh...bukan sengaje tapi mmg xsempat laa..huhu...berdating dengan buku-buku ku demi final yang mendatang.. 20 april 2010 .... esok da final tp da mengadap lappy semate-mate nk menokok tambah tok blog nii!!! *taper..lepas gian jap..* okey..saya da mula melalut. saya tau. oley..straight to 'tajuk' yang kat atas tuu..hmm..pernah tak terfikir orang yang selama nii bersama kita or bahasa mudahnya "couple" bukan sebenarnya orang yang betul-betul kita cinta..or mgkin selama ni kita hanya sukakn dia..bukan sebb kita betul-betul mahu habiskan hidup kita dengan dia tp sebab kita hanya perlukan dia untuk menemani kita???hmm.. x pernah terfikir kan?? sebab kita memeng x ambil berat pasal nii..pada kita benda-benda ni nonsense..remeh.. tapi pernah tak kita bayangkan hidup kita bersama dengan orang yang 'salah' ??? macam mana tuu..hmm.. nampak nya ada lg satu persoalan yang perlu kita fikirkan..


CINTA VS SUKA
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.

rasanya cukup la kott untuk kali nii... buku CTU kesayangan saya dah memanggil2 supaya bagi perhatian kat dia... *mama!!!!!!!!!tensionnya* apasal laa sistem pembelajaran kat dunia mesti ada peperiksaan???? huhuu :'( okey..stop kat sini dulu ehh?? k..tata..

sayang,
fatin najwa ahmad rashdi
050409

Sunday, April 11

cinta jarak jauh

ahad.11 march 2010...

cinta jarak jauh.
entah kenapa la hari ni boleh terfikir pasal ni....
cinta jarak jauh? kekal ke...?? kalau tanya pada orang..biasanya orang akn bagi teori ni :

1. 'cinta jarak jauh??umm..takde yang lg dekat ke??'
2. 'alaaa..boleh je..ntlau sunyi cari la skandal..!!'
3. ' ntah la..tapi biasanya tak kekal..sape tahan pisah lame2..'

tapi kalau orang yang positif sikit..mereka akan berkata begini :

'ummmm..bergantung pada diri masing-masing....kalau dua-dua setia..tak ade masalah..'

pada saya??? entahlah.. tapi kalau bercinta jarak jauh memang seksa.. susah sangat nak jumpa.. kita tak tau apa yang dia buat.. dah makan ke belum.. sihat ke tak.. buat apa.. memang terlintas 1001 macam soalan.. kena pulak bila si dia tak mesej tau call satu hari.. mula la terlintas macam-macam kat kepala otak..hmmm..mula la sangka macam-macam..saya?? hmm..memang la terkena kat batang idung sendiri.. kadang-kadang kesian kat si dia.. tiba-tiba je dipersalahkan walaupun si dia tak buat apa-apa.. .

hmm..maaf sayang.. sebab saya.. awak yang kena marah..minta maaf la. .'arissa' awak ni memang macam ni.. tp saya macam ni sebab sayang sangat kat awk..


okey2..fatin najwa da mula melalut.. hehe.. sorry.. okey.. berbalek pada cinta jarak jauh.. boleh ke setia..?? boleh ke bertahan tanpa si dia di sisi....? cinta jarak jauh ni sangat-sangat la tinngi risiko.. biasanya orang tak tahan tanpa si dia di sisi.. yela.. setiap kali kita bersedih... yang kita harapkan cuma bahu si dia nak curahkan segala isi hati..bila kita mengangis.. yang kita harapkan si dia yang berada di sisi dan kesat air mata kita.. bila kita marajuk.. yang kita harapkan kata-kata pujukan dari si dia.. tapi lau si dia tiada di sisi???????????????? pada siapa kita nak curah kan isi hati??? hmm..susa sangat la cinta jarak jauh.. hmm..rasenya sampai sini jela kot.. buku-buku dah memanggil soh mengadap dia..hehe..


p/s : tapi sayang..awak jangan risau..walau macam mane sekalipun,,, saya akan bertahan..tak kisah la walau jauh sekali pun jarak antara kita.. tak kisah la walau lame mana tak jumpa....
saya akan tetap pertahan kan cinta ni.. kerana hanya awak di hati..

dambaan cinta

Ungkapan kata selindung hasrat nan dihati

Andai ditafsir terserlah makna yang tersembunyi

Renungan mata bukan pandangan biasa

Bertahun handai terjalin hingga waktu ini

Gurauan mesra menghiasi masa tika bersama

Semakin berputik perasaan ini

Kini baru ku sedari

Selama ini kau ku sayangi

Andai bukan itu hakikatnya

Mengapa rindu yang ku rasa

Mungkin tiada ku fahami

Tidak dapat ku nafikan lagi

Beban rahsia kian membakar diri

Kalimah cinta selongkar renungan dicipta

Mungkinkah dibiar terdampar kasih tak kesampaian

Naluri bisik bukannya dambaan cinta

Ikhlas ku nyatakan

Kau yang kusayangi

Kau yang kucintai

Walau tak mampu ku miliki

Ingin ku luahkankan

Mungkin suatu hari

Kan terbuka pintu hati

Dapat jua kau terima

Diriku akhirnya


sayang,

fatin najwa ahmad rashdi

050409



Wednesday, April 7

sayang..


sayang...

andai ada kau disisiku
mungkinkah aku tidak sendiri
andai ada kasih yang menjenguk dibalik tirai hati
mungkinkah aku tidak bermimpi
andai ada rindu yang membuai perasaan dihati
mungkinkah aku tidak terleka
andai ada sayang yang kian bertunas dihati
mungkinkah aku tidak terlena

sayang...

bukalah pintu hatimu buatku
dengarlah rintihan hatiku
alunan kata hatiku
bicara kasih yang menyerumu
puisi rindu yang berlagu untukmu
bait kata sayang ku hanya untuk mu

sayang..

akan aku menantimu dengan penuh setia
akan aku sambut kepulangan mu
dengan tangan yang menadah kesyukuran pada yang maha Esa
akan aku bisikkan kata cintaku pada dirimu
akan aku alunkan puisi kasihku buatmu
akan aku nyanyikan lagu rinduku pada dirimu

sayang..

walau dimana dikau berada
hanya dikau yang berada dihati ku
hanya dikau yang menghuni hati ku
hanya..dikau..


rela setia...


..Termenung bila sendirian ..
..Menggunung seribu harapan..
..Tak mampu ku walau kian kehilangan..
..Kerna ku terlalu inginkan..
..Untuknu riang berkekalan..
..Rela ku berlalu..
..Walau mungkin xtermampu..
..Selagi daya hatiku ini..
..Akan ttp ku menyayangi..
..Duka tiada ku peduli..
..Bila rindu membelenggu..
..Selagi nadi belum terhenti..
..Ku buktikan cinta sejati..
..Tak mungkin akn ku sesali..
..Kerna hidupmu kian beerti..
..Tak mungkin kau mudah mengerti..
..Tak ingin saling dilukai..
..Kedaifan ini..
..Menjadi penghalang sanubari..
..Relaku terus setia..
..Menyayangimu..
..Menyintaimu..
..Walau berjauhan..
..Teguh kalimah kasihku..
..Termenung bila ku sendirian..
..Menggunung seribu harapan..
..Moga kau mengerti..
..Bila nadiku terhenti..








umm....


date : 7 April 2010

time : 6.22 pm


ACCOUNT YANG MEMBUNUH!!!



ntahla..sebenar ny xbrape nk ad mood nk meng'update' bende nih..
otak pn da jammed cuz xdapat jwb tok quiz account td...!!
ARGGGGGHHHHHHHHHHHHHH!!!*oktaf da naik satu tangga*
mama...... +_+' * huhu..time mcm ni la kesyahduan muler terasa*
baru nk igat mama ble time susa..* aiseyy ank ap la sy nie..
tension..
juz imagine dapat paper pastu terus blank!!
rasa mcm nak hantuk2 kn je pale kat meja tuu..
huhu..nseb bek la ad fiza y sudu menolong sy * walaupn trpakse la copy2..hehe*
demi menyelamatkn carry mark tuhh!!
aisey..wawa..come on...
lg brape ari lg je nk final!!!
lau quiz pn sengal..apatah lg nk jwb final...!!
mama..tolong wawa..!!

ok2!! stop pasal quiz account..
*tuka channel*


BERINAI...... :-*



huhu..last few days...sy menebeng kat bilik kak anne..
pakai inai!!!!!! *hehe..menggatal*
da rasa macam nk kawen la plak..ecececeyy..
hahaaaaaiiI~
punye la jenuh menunngu dr pkul 9.30 smpai 10.30 mlm baru la ciap..
huhu..baru nk nek bilik baru teringat y nk beli tpup!!
menapak la plk dengan tangan penuh berinai dgn misi mencari tpup!! *hohoho*
huhu....jeling sikit gnba y kat ats tuh..
heheeee~
mama da bebel2..ckp gatal nk kawen..
huhu..
tp..sape y tamo kawen..tol x????!!
hahaaaa~

ok..now tuka channel plk..


FLASHBACK..



last nite,i was on phone with iskandar who is schoolmate sy...
well..act xprnh bercakap pn..
baru jmpe..itu pn by luck kat ms!!!
pastu smbung plk jejak kasih ny kat ym n fb!!
hahaaa~ xbnyak ckp ap....juz bkak cter lamer..
puas la jgk dy kutuk sy..*sampai ti is..hhuuu*
ad ke patut dy glakkn.. *sobsob*
haha..nk pendekkan cter..

sy yang dulu amatlah bezanya lau nk banding dengan yang skrang...
FATIN NAJWA yang dulu amtlah pendiam dan pemalunya..
mmg sangat2 xbercakap ngn lelaki..
hmm..maybe sbb didikan mama selama ni..
sy boley dikatakan ank yang duduk kat rumah..
jarang sangat nk keluar rumah nak lepak ngan kawan2..
mama ckp,
'mama xsuke wawa keluar rumah duduk melepak2.. lau duk rumah..lg elok..awk 2 prmpuan..bahaye..'
huhu..*sobsob*
mmg xberani nk melawan..maybe sbb takut ngn papa kut..
so..perangai tu mmg terbawak2 sampai sekolah...
mmg la xkn bercakap ngn lelaki..
so..berbalik pd iskandar..aiseyy..asal niiyy..
pggil is je la..
is ni sbnarny tua setahun dari sy...
hmm..mmg la xknal..then..1 day..ad hamba Allah ni dtg ckp ad orang nk kenal..nk biodata la kekononnya...* zaman dedulu....lawak gler*
sy plk jenis yang agak 'blur' time tuhh..
so..mmg kirim salam jela..
rupa2 nya si iskandar ngn kekawannya mmg da 'attack' sy sbb
sy ni jenis y susa sgt la nk bcakap ngn lelaki..
haha..tp mmg kirim salam jela..mmg xlayan.last2 sume giv up..
hahahhahaaa~~ lawak betul...
zaman bebudak time tu..
act..banyak yang jd...tp lau nak sy ber'hikayat' mmg 7 hari 7 malam xabiz..
so..sy cter ckit jela...ehh???
tp...FATIN NAJWA yang sekarang xmacm duluu..*yeay!!**bt mke bangge*
lau dulu muke macam nk terbakar bler brcakap ngn guys..
tp sekarang..
more confident..more braver than the ol' days..
and most obviously..da ley bercakap ngn guys sekarang..*tp yang penting2 je tau!!*
thanx to PLKN act..boost up my self-esteem...
hehe...
tp lau hikayat plkn tuu..next entry la ehh??
da panjang sangat nihh!!

hehee...da la..must stop here...
da maghrib!!
tataaa~







Monday, April 5

first time ever..


my very first time posting ;
date : 6 APRIL 2010
time : 4.20 AM

haha....ntah apela yang da masuk a.k.a merasuk sy...
tetibe je trase nk try ber'blogging'..huhu..
act da lame sbnornye nk try..
tp xde mase la kononnye...
well..im 18...18..18..!!
haha...tak setua member2 sy...yang sudah menginjak ke umo 19..
alaaa..ta kisah laa..orang nk cakap sy perasan mude ke ap..
yang penting KEKAL muda ckitla drpd owang len..huhu..
basically..tader ape lg yang menarik yang bley di'share'..
btw..this 'thing' will be updated soon!!

THIS Is THE PIECES OF ME!!

SO..welcome to my life..
long lives the ol' days..

>lova_carino0504<